BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SOAL JAWAB KESIHATAN WANITA

Masalah Haid.


Saya amat berminat berjogging dan juga berlari dalam acara sukan .  Masalahnya ialah sejak berat badan saya berkurangan akibat aktiviti-aktiviti ini, saya mula mengalami masalah haid dimana saya hanya mendapat haid sekali sahaja setiap 5-6 bulan.  Apakah aktivit sukan yang menjadi penybab masalah haid saya ini?

JAWAPAN
Puan, masalah haid memang mempunyai kaitan dengan aktiviti sukan tetapi ahli sukan tersebut mestilah melakukan jogging atau aktiviti larian melebihi 30 batu setiap minggu.  Aktivit sukan yang intensif selalunya menyebabkan haid semakin sedikit dan lama-kelamaan tidak akan datang sama sekali.  Perubahan-perubahan haid dalam diri seseorang atlet boleh disebabkan oleh;

  • Peratus lemak dalam badan semakin berkurangan (tahap ynag kurang dari 12 %).
  • Pemakanan atau diet yang merbahaya(iaitu aneroxia dan/atau bulimia).
  • Penggunaan tenaga yang berlebihan (energy drain)-ini berlaku kerana para ahli sukan membakar kalori melebihi dari kalori yang didapati dalam makanan harian.
  • Stres dalam dunia sukan (secara fizikal dan mental).
BAGI MENDAPATKAN DIAGNOSIS YANG LEBIH TEPAT, ELOKLAH BERTEMU DOKTOR UNTUK PEMERIKSAAN YANG LEBIH TERPERINCI.
___________________________________________________________________

Pil Perancang Cegah Jerawat


Sebagai seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang.  Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil erancang akan menyebabkan saya mandul nanti.  Apakah nasihat doktor?

JAWAPAN

MASALAH JERAWAT DISEBABKAN OLEH PENGELUARAN SEBUM DARI KELENJAR DI KULIT MUKA DAN TUBUH BBADAN KITA.  SEBUM INI AKAN MENYEKAT LIANG ROMA DAN SEBUM YANG TERKUMPUL AMAT SENANG UNTUK DIJANGKITI BAKTERIA-INI MENYEBABKAN PROSES RADANG DAN SETERUSNYA MENJADI JERAWAT.  PIL PERANGCANG MEMANG BOLEH MEMBANTU KERANA IANYA AKAN MENGURANGKAN PENGHASILAN SEBUM.  PADA WAKTU YANG SAMA, PARA DOKTOR SERING MENYARANKAN AGAR PESAKIT-PESAKIT MENJAGA KEBERSIHAN KULIT DAN MENGGUNAKAN KRIM JERAWAT UNTUK MENYEMBUHKAN PESAKIT IINI.

Kulit tidak akan menjdai licin dalam sehari dua, malah seseorang pesakit perlu sabar dan terus menggunakan pil perancang untuk beberapa bulan sebelum masalah jerawat itu pulih.  Selepas berhenti dari memakan pil perancang, selalunya wanita akan trus subur dan tidak mengalami masalah untuk hamil.  Walaubagaimnapun, ada juga wanita tersebut mengalami masalah jerawat kerana penyakit PCOS, maka beliau dengan sendirinya sudah tergolong dalam wanita yang sukar hamil dari awal-awal lagi (walaupun tidak menggunakan pil perancang keluarga).  Semoga penjelasan ini dapat membantu.

____________________________________________________________________

Khuatir Barah Rahim


Saya dalah ibu kepada lima orang anak.  Saya amat risau kerana selpas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul.  Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?  Unutk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2010 disahkan normal .

JAWAPAN

Pemeriksaan pap smear adalah langkah yang baik tetapi ianya adalah ujian saringan untuk barah pangkal rahim (serviks).  Bag masalah barah rahim, Puan perlu melakukan ujian DD+C. DD+C bertujuan mengambil biopsi dari dinding rahim (juga dikenali sebagai endometrium). Tisu endometrium ini akan dihantar ke makmal.  Di makmal, kajian akan dibuat memastikan ianya barah atau tidak.

JIKA SEKUMPULAN WANITA MENGALAMI MASALAH HAID YANG BANYAK, HANYA SEGELINITR SAHAJA AKAN DISAHKAN MENGALAMI BARAH.  DIANTARA PERKARA LAN YANG BOLEH MENYEBABKAN DARAH HAID SEMAKIN BANYAK ADALAH;

  • Fibroid dalam rahim
  • Penyakit PCOS
  • Penyakit tiroid
  • Adenomyosis
Oleh itu, eloklah Puan Mendapatkan pemeriksaan dari dooktor sakit puan yang berhampiran bagi mengetahui status kesihatan yang terkini.
________________________________________________________________

Mengapa tidak teratur haid saya dan adakah ini normal?

JAWAPAN

Purata kitaran haid atau jurangnya adalah antara tempoh 28 hingga 30 hari, tetapi wanita yang berlainan mempunyai kitaran yang berbeza,dan ini adalah normal. Perkara-perkara yang mempengaruhi gaya hidup anda seperti tekanan, sakit, berat badan (naik atau turun) dan senaman boleh mempengaruhi kitaran, seperti yang dapat kontraseptif hormon.
Haid yang tidak teratur juga sangat biasa semasa baligh dan apabila hampir atau semasa menopaus. Jika anda mempunyai pendarahan dengan atau selepas seks, pendarahan yang tidak teratur dalam tempoh menstruasi, yang berbeza dengan apa yang biasa bagi anda, jika terdapat kurang daripada tiga minggu di antara tempoh itu sendiri, atau ada pendarahan selepas menopaus, harusla berjuma doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

"Keep Your Promise" : It could save lives.

Keep Your Promise  profile image

The 8 Millenium Development Goals (MDG) with a target date of 2015 calls for immediate action and participation.

  1. Eradicate Extreme Poverty and Hunger
  2. Achieve Universal Primary Education
  3. Promote Gender Equality and Empower Women
  4. Reduce Child Mortality
  5. Improve Maternal Health
  6. Combat HIV/AIDS, Malaria and other Diseases
  7. Ensure Environment Sustainability
  8. Develop a Global Partnership for Development

With little time to spare, awareness is the key to the start up of a big action with small combined efforts.YOUR effort!

The focus on the MDG 5 - Improve Maternal Health to raise awareness in Ireland has sparked a global instinct to take action and place human right actions where it should be - in the press!

With a video, part of ASK’s Keep Your Promise campaign, Irish youth leaders share important facts about Maternal and Reproductive Health.

Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged 15 – 19 in low-income countries - one of the many facts that young people are not aware of.

Get yourself in touch with global issues and stop living in ignorance.

Check out the video below and don't forget to sign the declaration on :http://www.youtube.com/watch?v=BF-uBEOGl8s&feature=player_embedded&yssid=386340

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...